Assalamualaikum wbt.
Subhanallah, dugaan dari Allah datang lagi. Mak aku baru je bank in duit RM100 dan aku baru nak beli barang2, dapat tahu yang kena bayar duit elektrik dengan duit air RM40. Subhanallah, aku baru nak beli barang2 untuk dibawa makan. Tapi aku kena bayar duit lagi. dan 1 lagi, kalau nak dapatkan kolej mesti kena beli tiket yang dijual oleh setiap fakulti yang ada buat aktiviti. Setiap tiket yang dijual paling murah pun RM2 ntuk 1. Kalau nak banyak cop kena lah beli banyak2. Yang paling mahal pown RM10. Allahu Akhbar.
Aku sebenarnya nak tukarkan voucher tu kepada duit boleh lah aku dapat duit sikit untuk beli barang keperluan. Allahhu Akhbar, duit lagi. Nasib baik mak aku baik nak poskan makanan yang senang digoreng ke Sarawak. Kalau boleh aku nak suruh mak aku pos semua barang yang ada kat Semenanjung tu ke sini. Tapi apakan daya, Sarawak kan jauh. Amik masa lebih kurang 2-3 hari untuk sampai.
InsyaAllah sem depan aku ada duit dan dapat kolej(mudah-mudahan dapat kolej) aku nak beli barang keperluan aku dan barang2 yang aku nak kan selama ini. InsyaALLAH dengan izinNya. Amin
Semoga Allah merahmati hambaNya. Aminnnn
Pasal si DIA, no comment. Aku betul2 dah lama tak jumpa DIA. So aku just fikir yang DIA tu tak wujud lagi sebab aku dah lama tak nampak dia. Kalau aku nampak DIA Alhamdulillah, Kalau tak nampak Innalillah, mungkin bukan masa yang sesuai untuk Jumpa DIA.
Apa lagi minta diri dulu.. Assalamualaikum


