Saturday, November 26, 2011

Salam 1 Muharram 1433 Hijrah

Saya nak ucapkan Salam 1 Muharram 1533 Hijrah untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Alhamdulillah, tahun baru, azam baru, rumah baru, kehidupan baru, boyfriend baru dan semuanya baru.
Azam tahun ini ialah Belajar bersungguh2. Semester ni aku ada banyak subjek iaitu 8 subjek semua sekali, dan aku juga tak nak kena repeat semester depan. Aku kena buat yang terbaik untuk keluarga ku. Aku berjanji aku akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita2 aku nak belajar dekat Korea. InsyaAllah. Cita2 aku ialah nak jadi lecturer mengajar bahasa Korea dekat Universiti khususnya UiTM. InsyaAllah. Azam baru tahun ni memang mencabar tapi akan aku tempuhi dengan hati yang rela. 

Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa aku, aku nak rumah sewa, dan aku dapat rumah sewa dengan bayaran bulanan RM80 sebulan. Alhamdulilla murah juga. Syukran ya Allah. Aku akan pindah ke rumah sewa aku InsyaAllah petang nanti. Aku akan ada housemate baru. Seronoknya. Walaupun aku seronok tapi sebenarnya aku sedih tinggalkan kawan2 aku kat kolej. Sebenarnya aku nak duduk dekat kolej, tapi tak ada rezeki. Aku kenalah hidup berdikari duduk dekat luar. Hmm. 
Tak dapatlah aku jumpa dia lagi. Sedihnya.

Monday, November 21, 2011

Dugaan

Innalillah, banyak betul dugaan yang aku hadapi. First, aku tak dapat kolej untuk semester ni, kedua pula duit Ptptn aku tak dapat lagi. 
Mana aku nak cari rumah sewa, dah lah mahal, jauh dari University, pastu tak ada kenderaan. Kan susah. Duit pt plak tak dapat lagi, macam mana aku nak duduk rumah sewa? Allahu akhbar. Dugaan yang sangat tinggi cabarannya. Kalau aku dapat duit pt nanti aku berjanji tak akan boros dan beli barang yang bukan2. Hmmm.. Itulah janji aku. Amin. Aku bukannya tak suka tumpang bilik kawan aku, tapi aku takut roomate kawan aku tak selesa dengan kehadiran aku. Ye lah, aku bukannya kenal dia pown. So lebih baik kalau aku duduk luar. Ya Allah, haraplah aku dapat rumah sewa. Amin..

Friday, November 18, 2011

Susahnya hidup berjauhan dari keluarga..

Ye lah apa yang senang? susah tau, dah lah jauh dari family, jauh dari rumah. Susah sangat. Aku ni dah lah tak dapat kolej lagi lah susah nak menumpang kawan lagi. Nasib baik ada kawan, kalau tak de kawan macam mane? kene sewa rumah, dah lah rumah mahal jauh pula dari kelas. kenderaan lagi lah tak ada. Innalillah. Banyak betul cabaran dan dugaan yang aku terima sekarang. InsyaAllah, aku dapat melaluinya dengan keizinanNya, Amin. Sambung degree nanti confirm aku amik dekat semenanjung. Dekat Melaka pun apa salahnya kan. Janji dekat semenanjung. Kalau ada masalah pun family aku boleh naik kereta sampai kat Melaka kan. Kalau kat Sarawak ni nak naik ape? Tongkang? Ish3 memang susah. Dah lah tak de saudara mara dekat sini. lagi lah susah. Kenapa aku mengeluh nih? sebenarnya aku amat berbangga belajar jauh2 tau sebab semua orang tau yang aku belajar dekat Sarawak. Bangga tau. Lagi satu aku bangga sebab aku dapat melalui segala masalah yang aku dapat ini dengan tenang dan aku mengharunginya dengan hati yang tabah dan cekal. Alhamdulillah. Harap lah dapat boyfriend kat sini. Hehehe. InsyaAllah.
Amin..

Thursday, November 17, 2011

Azam 2012

Azam yang aku nak tanamkan dalam diri aku ialah:

Jangan Tinggal Solat 5 waktu.
Banyakkan amalan sunat seperti banyak baca al-Quran, sedekah, berzikir.
Belajar Bersungguh-sungguh.
Kurangkan Bermain
Kurangkan Tidur
Jangan lengahkan masa.
Buangkan sifat malu yang melampau dalam diri.
Jangan Boros
Lupakan pasal K-pop buat sementara waktu nih.
Banyakkan puasa sunat.
Jangan Kedekut.
Selalu tolong orang dalam kesusahan.
Jangan asyik tengok lelaki je. (Setia pada yang satu)

I Want These Things

This are the things that I want Badly

1. Hoodie
RM65

2. Shoes
RM78

3. Ipod Nano
RM447

4. Headphone Beat
RM800

5. Bowling Equipment
RM700

Sukan Mahasiswa Borneo kali ke 2 tahun 2011 (2)



Wednesday, November 16, 2011

Perasaan aku sekarang

Apa perasaan aku sekarang? Aku nak balik rumah dan duduk dengan keluarga aku selama-lamanya. Aku nak tidur dekat atas katil aku dengan nyenyak. Aku nak ambil adik aku balik sekolah setiap hari. Aku nak hantar mak aku pergi kerja setiap hari. Aku nak teman ayah aku pergi solat Subuh setiap hari. AKu nak buat semuanya dengan keluarga aku. Aku betul2 nak balik rumah sekarang. Aku tak tahan belajar dekat sini jauh dari keluarga. Mungkin pelajar dari Sarawak tak rasa apa yang aku rasa. Suatu hari nanti korang akan rasa macam mana aku rasa sekarang. Aku betul2 nak balik rumah.
ALLAH betul2 dah menguji kesabaran aku. Aku masih boleh bersabar lagi. Ya ALLAH, kuatkanlah iman dan hati hambaMU yang lemah ini. Bagilah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang Engkau berikan padaku. Ye memang aku tengah menangis sekarang nih. Tapi aku pendamkan supaya keluarga aku tak tahu apa perasaan aku kat sini. Aku tak nak diorang risau pasal aku. AKu betul2 nak balik dan tak nak datang sini lagi. Walaupun aku suka lelaki kat sini tapi aku tetap nak balik. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini. AMIN..

Tuesday, November 15, 2011

Sukan Mahasiswa Borneo kali ke 2 tahun 2011

Alhamdulillah, sekadar nak berkongsi sahaja gambar ketika perlawanan di antara IPT di seluruh Borneo termasuklah dari Brunei dan Indonesia.  Sukan Mahasiswa Borneo (SUKMAB) kali ke 2 2011.
Sebelum pergi ke Stadium UNIMAS

Majlis Pembukaan Sukan Mahasiswa Borneo

Bersama Coach Saya

Bersama Saiful Sepak Takraw
Habis Perasmian pembukaan Sukan Mahasiswa Borneo

Hari Terakhir SUKMAB

Bersama Team Bowling Lelaki dan Wanita

Mungkin + Kenapa

Assalamualaikum wbt.
Ye mungkin aku tak betul sebab ye lah aku suka dekat coach aku sendiri. Ishh2. Mula2 aku suka dekat abang camera tuh. Disebabkan dia asyik tak datang camp jer, hati aku berubah kat seorang coach. Mula2 aku ingatkan dia baru 25 tahun dan keatas bawah 30 tahun. Maknanya ada can lah untuk aku. Hehehe. Bila aku dapat FB dia je aku nampak gambar dia dengan isteri dan anak dia. Luruhnya hati aku pada masa tuh. Kawan aku pulak suruh bersabar dan cari yang lain. Ingat senang ke nak cari yang lain? Susah tau. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu. Kenapalah aku selalu gagal dalam percintaan? Ramai orang cakap aku sangat bertuah sebab Allah nak jaga aku dari gejala2 couple ni. Alhamdulillah, tapi aku teringin nak merasai kenangan manis dan pahit bercinta. Dah berapa ramai lelaki yang aku minat semuanya mesti tak dapat. Ish3. Aku berharap sangat aku dapat lelaki dan suami yang baik suatu hari nanti yang sayangkan aku dan keluargaku serta rumah tanggaku Amin.

Sunday, November 6, 2011

I'm in Luv

First I wanna say Salam AidilAdha to all Muslims around the world. Haha. i don't know what to say but i think i'm in love with my lecturer. Actually he is my coach for my Mahasiswa Borneo tournament. He's one of my coach or my facilitator. He is so handsome. Hahahaha. Silly me fall in love with my own facilitator. Tomorrow i have artistic gymnastic and i hope he attend and join me. I want to see him badly. Arghhhh, i wish me and him wear a same tee color.

I have to forget that guy name M___ because i think my friend like him. So i have to sacrifice my love and he also don't like me. So the best thing I have to do is forget HIM and find a new GUY even though I said this before that I'll never find other guys except HIM, but i already do that. I'm not good in LOVE.
So i hope i can meet my lecturer. hehehe Yeppi..