Thursday, March 29, 2012

Salam

Salam kawan2,
hari ni hari Khamis, bermakna 3 hari lagi aku balik. Alhamdulillah, InsyaAllah, flight saya Ahad ni pukul 7:15 pagi. Wah, tak sabar rasanya nak balik rumah nak jumpa ibu, ayah, angah, Win, Liza and Azri. My family members dan tak sabar juga nak makan makanan arab. Dah lama tak makan MandyLaham, nama makanan arab tu. ya Allah, sedapnya nasi arab. Tak sabar nak makan. Seriously tak sabar. Semoga Allah memurahkan rezeki saya dan orang Islam yang beriman. InsyaAllah.

Tapi saya rasa sedih sikit sebab tak dapat tengok pertandingan kawad kaki sekolah yang akan berlangsung hari Sabtu ni sebab saya balik hari Ahad, harap2 lah KRS memang InsyaAllah, dan harap sangat ada pertandingan kawad kaki peringkat Daerah sebab saya betul2 nak sangat jumpa junior2 saya yang saya tak pernah jumpa atau junior baru. Ye lah dah 3 tahun tinggalkan sekolah. Dah berapa banyak pelapis KRS yang aku tak jumpa. Harap lah diorang still kenal senior dorang yang comel macam aku ni. Hehe. Apa2 pun KRS Sementas is a DAEBAK. Wish you all the best for this Saturday guys. Mesti kenal menang tau. Sekian.

Wednesday, March 21, 2012

Good News + Bad News

Salam.
Alhamdulillah hari ni hari Rabu maknanya minggu depan hari Ahad aku balik. Yay. Argghh.. hari ni ada berita baik dan buruk. Saya bagi tahu nerita baik dulu lah ye. Alhamdulillah, adik saya amik result SPM hari ni. Alhamdulillah sekali lagi result dia bauk dan lebih bagus dari aku. Jeles yuuu.. Haha. Tahniah angah atas usaha anda. Oh, dia ada ke 2 saya. Dan berita buruknya saya tak dapat Kolej untuk semster depan. Sedihnya. menangis aku tadi sebab tak dapat kolej. Mungkin layak 2 kot. InsyaAllah..
Cerita lain plak. Hari tu, aku chat ngan MH, wah bertapa seronoknya nyer aku time tuh.
Hati berbunga-bunga. Nak tahu bunga apa? Bunga yang paling cantik di dunia. tak kesahlah bunga apa pun yang penting cantik. Argghh. Aku sangat gembira sebab dapat chat dengan dia. Alhamdulillah. Lepastu kan esoknya aku jumpa dia kat Cafe.
Dia makan dengan kawan dia, aku pulak makan dengan kawan aku. Sweet kan. Aku just pandang dia je hari tuh. Sowang member aku ni plak Aiman tak pernah jumpa si MH tu buat2 terserempaklah kononnya sebab nak tengok muka MH. Last2 nak tahu si Aiman ni cakap ape : Handsome2, Muka dia macam Siwon masuk Islam", Hahaha, Wahai Aiman, kau tak de contoh lain ker nak bagi.
Kenapa perlu compare ngan SiWon. Ye lah rambut pacak MH sama macam SiWon, tu yang dia cakap macam siwon tuh. Haha

Saturday, March 17, 2012

Aduh!!

Salam,
Nak tahu apa yang aku mengeluhkan? Aku dapat tahu yang pertandingan kawad kaki KRS akan diadakan pada 31 Mac. Ye lah, pertandingan kawad kaki akan diadakan pada bulan Mac atau April. Antara 2 bulan ni lah diadakan pertandingan kawad kaki. Dah 2 tahun aku tunggu supaya cuti semester aku jatuh pada bulan Mac atau April, tapi tak kesampaian. Alhamdulillah, semester ni bulan Mac aku habis semester 4. So aku ingatkan dapat tengok Kawad, tapi sayang, tak dapat sebab adik aku tweet kat twitter cakap pertandingan kawad kaki diadakan pada 31 Mac. Dah lah paper aku habis 31 Mac, paper MKT310 and start petang dalam pukul 2:15pm-5:15pm. 1 April baru aku balik. Tak dapatlah pergi sekolah nak tengok pertandingan kawad kaki. Sedihnya.
Bukannye apa. Aku nak pergi sekolah sebab nak jumpa seseorang yang aku suka time sekolah dulu. Hampir 5 tahun lah aku minat dia. Nama dia dirahsiakan sebab nanti dia baca habis aku. Dah 3 tahun aku tak jumpa dia and dah 2 tahun aku tunggu peluang ni nak jumpa dia time Kawad kaki KRS. Ye lah, setiap pertandingan mesti ada muka dia terselit kat celah2 gambar. So ak rasa jelous lah tengok senior2 turun tengok junior dorang kawad kaki. Ni lah akibatnya kalau belajar jauh sangat. Nak balik pown susah. So aku nak sangat jumpa si dia/abang. Dia berpangkat abang sebab dia tua setahun dari aku. Ya Allah aku nak sangat jumpa dia. Amin~~
Haraplah pertandingan kawad kaki ditangguhkan pada bulan April sebab aku betul2 nak jumpa si dia. InsyaAllah. Amin~~

Friday, March 16, 2012

Today

Salam,
Alhamdulillah, apa2 pun tadi baru je habis jawab paper Business Law code LAW299. Agak susah bila aku tak hafal case tadi. Punyalah aku fikir apa soalan aku nyer kes. Tapi tak dapat gak, last2 aku tulis nama depan jer. haha. Janji aku nyer kes betul walaupun nama kes tak betul. Part A Alhamdulillah, tapi part B ada yang still blur2 sikit iaitu Business Organization. Owh aku tak dapat jawab, jawab sikit2 je. Tapi apa2 pun Alhamdulillah aku dah habis 1 paper. Tinggal lagi 6 paper lepastu balik. Yay!!
Huh, next time kalau ada exam kat Dewan Jubli (DJ) silalah bawa sweater atau pakai baju berlapis-lapis, kalau tak korang tak akan dapat jawab sebab subhanAllah sejuk gila tadi. Seriously aku rasa nak keluar awal tadi tak tak habis jawab lagi. Terpaksalah aku tunggu dalam kesejukan selama 3 jam. Ya ALLAH Kau tahu apa yang aku rasa. Menggigil aku dok dalam tu. Hahahaha. Memang sangat sejuk. Like my ustaz cakap kalau letak ikan dalam DJ tu ikan pown boleh Beku, tak payah guna Peti Ais. Haha. Esok baru study subjek lain sebab agak penat lah malam tadi tidur pukul 3 pagi bangun pulak pukul 7 pagi. Sangat letih. Wish i can do it next paper. InsyaAllah.

Tuesday, March 13, 2012

Salam

Salam Rakan-rakanku.
Hari ni 13 March 2012 menandakan ada 3 hari lagi untuk study LAW299 sebab sabtu ni 17 March ada paper LAW299. Semoga saya dapat jawab. InsyaALLAH. Saya taip ni sebenanrnya nak tulis pasal doa2 yang saya doakan setiap hari dan ada kalanya kawan2 saya minta doa sama2. Ialah sekarang ni tengah hujan, ada banyak kelebihan doa ketika hujan, mudah dimakbulkan. InsyaALLAH.Doa pertama saya ialah

1. Supaya Allah mengampunkan dosa2 saya, kedua ibubapa saya dan orang2 muslim yang beriman.
2. Saya berjaya dalam pelajaran peringkat Diploma, Degree dan Master.
3. Jadikan saya anak yang solehah.
4. Jodohkan saya dengan MH.
5. Murahkan rezeki saya, ibubapa saya dan orang2 muslim yang beriman.
6. Adik saya berjaya dalam pelajaran. InsyaALLAH.

Thursday, March 1, 2012

hari Jumaat

Salam Jumaat buat semua orang.
Apa yang berlaku sepanjang minggu ni, hmmm apa yerk? ingat jap. Ha! Hari ni adalah kelas terakhir untuk semester ni iaitu semester 4. Alhamdulillah. InysaAllah next semester, aku dah part 5. hehe. Tapi mesti nanti aku rindu dekat lecturer2 aku. Huh!! Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.
Ha! satu lagi, aku tak jumpa DIA lah hari ni. Sedihnya! Ingatkan hari terakhir macam hari Jumaat yang indah ni dapat Jumpa si DIA. Hmmm, mungkin bukan rezeki untuk hari ini. InsyaAllah mungkin time Final exam nanti aku dapat jumpa DIA ker.
Semalam aku jumpa si DIA dekat blik G, sebab kelas aku sepatutnya dekat blok B tingkat, tapi lecturer kurang sihat tu yang buat dekat blok G tuh tapi semalam aku datang blok G untuk pergi kelas lah. Tiba2 aku ternampak si DIA. Apa lagi gembira tak terhingga. At 1st DIA tak nampak aku, dah lama tu baru DIA nampak aku. Tapi aku tahu DIA napak aku, tapi DIA buat2 tak nampak lak kan. Lepastu aku nampak DIA dengan kawan DIA. Kawan DIA macam pandang aku, tapi bila aku pandang kawan DIA, kawan DIA cepat2 toleh temapat lain.
................. bersambung..