Wednesday, December 26, 2012

Hello Hello

Assalam. Haha
dah lama tak update blog. Kawan2 semua apa khabar? Sihat? Saya alhamdulillah sihat. Tapi masalah bibir saya bengkak sebab sebab panas dalam. Dalam proses untuk pulih. hehe.
Mood saya hari ni baik2 saja, mungkin start minggu depan mood saya akan jadi terus sebab saya akan balik ke tempat yang penuh dengan masalah.
Semenjak 2 menjak ni saya jadi panas baran disebabkan oleh mereka. Siapa mereka? Hanya saya dengan Allah sahaja yang tahu. Saya selalu stress bila pergi sana, dan mereka membuatkan saya stress tiap2 hari dengan perangai dorang yang biadab dengan lecturer dan juga dengan kawan2. Saya tak suka study dekat situ. Dan saya akhir2 ni jadi pendiam dan tak banyak bercakap and saya banyak menghabiskan masa mendengar lagu dan bertweeter. Tu je yang boleh lepaskan tension saya. Saya harap saya tak meletus lah kan bila dorang buat saya macam mangkuk pecah dekat dalam kelas. Seriously aku rasa macam nak belasah dorang cukup2. Ya Allah, tanamkanlah sifat sabar aku. jangan lah bagi aku mudah marah. 
Takpe2, aku akan usaha untuk sabar. InsyaAllah. 

Friday, November 30, 2012

Habis duit aku..

As Salam,
Ha, cerita hari ni? Habis duit aku. Apa taknya beli barang2 yang tak sepatutnyaaku beli. Keke. Ye lah beli kasut dengan beli album K-pop apa taknya kan. Memang habislah duit. Aiiyoyo~ First seklali aku beli Kasut yang aku idam2 kan dari dulu lagi. Sebab susah nak cari kasut macam ni dekat sini. Hehe. Sebab kasut ni ada heel sikit. Sebenarnya ku tak suka pakai heels tapi kalau kasut macam ni aku boleh terima. Ha, lagi 2 barang yang aku beli ialah Jelly christmas 2012 Heart Project dengan A-Jax 2MYX album. Waahhh, tak sabar nak dapat barang2 ni. Seriously. Sebab aku beli album A-Jax ialah sebab lagu dorang best sangat plus I'm an A-Light so i have to show my support towards them by purchase their album lah. Dan sebab aku beli Jelly Christmas 2012 Heart project ialah sebab aku kan peminat setia VIXX and LEO, so have to show some support by purchase their album lah. Like I said before right. Lol. Ya Allah, tak sabar nak dapat barang2 ni. hehe

A-JAX 1st Mini Album 2MYX

Valentine shoes

Jelly Christmas 2012 HEART PROJECT

Leo and VIXX, Finally I met you guys.

As Salam,
Dah lama tak update blog, Korang semua apa khabar? Saya Alhamdulillah dan baik2 saja. Hari nak cerita pasal LEO and VIXX, one of my favorite rookie group beside A-Jax, BTOB and more. Okay nak cerita, bi lah first time dalam sejarah hidup saya stalker artis ni 3 hari berturut-turut dari hari Khamis sampai sabtu. Hebat kan. Tak pernah buat macam ni dekat artis lain dan VIXX lah kumpulan pertama saya buat macam ni. 1st day Hari Khamis tu sambut dorang dekat KLIA, hari Jumaat pula dekat Shout! Awards and last day tu hari ketiga pergi Fanmeeting dorang. Waah hebat kan. Haha.
Ni semuanya gara2 nak jumpa LEO my favorite artis of the year and my bias. He already ruined my bias list.
I love LEO so much and I changed my HP wallpaper, Laptop wallpaper and more to LEO even my twitter username also I put Leo's name. How lucky he is. Reason why I love LEO because of his voice, his personality and he is my ideal type beside SeungHo. Hehe. Here are some pictures that I took when I met them.

LEO at KLIA Malaysia

VIXX at The Shout Awards

Leo at The Shout Awards

Leo at VIXX 1st Fan Meeting in Malaysia

VIXX 1st Fan Meeting in Malaysia

P/S: I wish I can meet them again, and i want to meet LEO again. Amin
All pictures credit from me. Okay..

Thursday, October 25, 2012

Concert In Malaysia

Salam.
Hello everyone, I know, I'm so excited because you guys know what? My favorite groups will come to Malaysia and i want to meet them like Seriously. But, you know, the ticket price is so damn expensive and i cannot afford that. But i wan to meet them. There are 2 concerts live in Malaysia, 1st is K-Pop Storm and the other one is Super Asia showcase. K-pop storm there will be a lot of artists come which are Shinee, Block B, Teen Top and more. While Super Asia Showcase artists are Suju M, Exo-M and BTOB. I'll post the price and you guys judge it yourself. I already bought Super Aisa Showcase, But i want to go to K-Pop storm because there are a lot of groups coming. But I don/t have enough money. What should I do? Help me.



Salam AidilAdha to All Muslims Around The World

Salam,
I just want to wish Salam AidilAdha to all Muslims Around the world. Waaaahh, Rasa macam baru semalam  je sambut Raya Aidiladha tahun lepas. Alhamdulillah, tahun ni beraya di rumah. Tahun lepas aku raya dekat Sarawak. Raya dekat Sarawak pun best gak, dapat pengalaman beraya di negeri orang kan. Kat Kuala Lumpur pun apa kurangnya. Waah, esok banyak lembu nak disembelih. Tak sabar rasanya nak belajar macam mana nak masak kuah lontong. nyum nyum. Sedapnya. Okay lah, nak tido awal lah, nanti kena bangun awal. Nanti susah bangun nanti. hmmm..Salam AidilAdha sekali lagi untuk kawan2 saya, saudara seIslam.


Monday, October 15, 2012

New Picture of Me

Salam,
Hai, sebab selalu kena reject dalam percintaan saya nak buat perbezaan sikit. Mungkin dari segi pemakaian, make up atau lain2 saya pun tak tahu. Adik saya gila2 suruh saya pakai shawl walaupun saya tahu saya nampak agak buruk kalau pakai shawl. And finally during my neighbor wedding day, I wore shawl in front of my friends. Agak malu tapi cuba jugak walaupun saya tak pandai pakai shawl. Inilah hasil nya.


Agak lain and buruk sikit. And that's why lah i prefer tudung bawal dari shawl. Tudung bawal senang dipakai. Yang ke 2 plak, nak cuba pakai make up. Tapi tak tahu macam mana nak make up lah. Kalau make up sendiri confirm jadi badut. Kelakarnya. Tak nak Tak nak. Malu. Apa2 pun tunggu duit masuk, then baru decide nak guna pencuci muka apa and jenama apa and nak beli kat mana. Then baru belajar cara2 nak make up dengan betul. Huh

Sunday, October 14, 2012

Meet My 2 Commanders

Salam. 
Walaupun gambar ni dah lama, tapi nak post juga. Ni lah gambar saya dengan Komader2 kesayangan gitu. Walaupun kadang2 dorang ni kejam dengan saya, tapi tak pe, still sayang dorang sampai bila2.
Sorang Nama Farid dan sorang lagi nama Haziq. Dorang ni lah yang buatkan aku suka turun kawad sebab dorang ni seriously lawak and happening gila. Tak pernah dapat komander yang best, sporting and happening macam dorang dan terutama sekali baik. Haziq ni suka perli orang terutama sekali saya lah. Bengong kan. Si Farid ni plak suka cari gado ngan kawan saya yang sorang ni. Mesti ada je yang tak kena dengan Zairil. Haha. Kesian Zairil jadi bahan lawak tiap2 minggu. Yang paling best, kalau ade masa extra sikit, mesti dia ajar benda yang bukan2. Kura2 menamgis lah, kura2 gembira tepuk tangan lah. Pengguin lah, Macam2 lah. Tension aku. Kalau korang nak tahu, saya lah perempuan pertama yang kena perkataan TAIK daripada Abang Farid sebab saya buat hal dalam platun. Sorry Abang Farid. Agak kecewa lah dia panggil macam tu. Tapi at last dia minta maaf kira dah okay lah kan. huh
Alamak, dah nak subuh lah. Esok2 lah sambung ye. Sebelum tu, nak post gambar komander saya dengan saya time habis hari Karnival dekat kampus saya. LOVE PLATUN 3 so much!!!





Saya Kembali

Salam.
Wah, dah lama rasanya saya tak update saya punya blog. Banyak yang saya nak kongsikan ni. Dari soal kawan, percintaan, kekecewaan dan macam2 lagi. First saya nak cerita pasal mamat baru di kampus saya, Of courselah senior saya part 6. Dua orang hamba Allah ni ada 2 perwatakan yang berbeza. Sorang ni Abang Fafau(Bukan nama sebenar) dan Abang Zazai (Juga bukan nama sebenar). Abang Zazai dulu yer, Dia ni agak popular among Girls dekat kampus saya. Walaupun handsome, dia tak pandang perempuan lain sebab dia dah ada girlfriend(Sedihnya). Baguskan dia, tapi satu je perangai buruk dia, Dia seriously sombong nak mati. Berlagak. Lalu depan orang buat tak tahu jer. Tahu diri tu handsome kan. Menyampah siot. 
Kalau Abang Fafau plak, Dia ni tak de lah handsome sangat, tapi saya suka tengok mata dia yang cantik tu. Seriously, mata dia cantik sangat. Hehe. Dia sangat baik and tak pernah tinggikan suara dekat perempuan (Mungkin depan kita lain, belakang kita lain). Entahlah, apa2 pun bagi saya dia sangat baik. Tapi dia pun dah ada girlfriend.(Tak hairan pun). Apa2 pun dorang abang ni made my day lah kalau saya ada terjumpa dia orang time nak pergi kelas ke apa ker. Heaven kan. hehe

Saturday, August 11, 2012

Let's forget about him

Salam.
Happy Fasting Day. It's already 23 days of Fasting. Menunggu Hari raya. I love Raya, Tapi kadang2 saya tak ada semangat nak Raya dan saya tak tahu kenapa. 
I have a bad feeling about forgetting him. Yes I do love him now, but i think he didn't love me because he never text me, chat with me or even call me. I just wasting my time waiting to get his love but all I get was nothing. What make me like him are his look, his religion, his attitude, and everything look perfect on him. I love him with all my heart. It's been one and half year I've been waiting for his love. I'm so stupid and dull.
Mizan, you know what? i didn't look at any guy except you. When i found a guy who look hot, I always thinking "Just forget about it, I already have Mizan" or simply I say "Mizan always in my heart"
I never look at any guy except you. My friends always said Someday he'll love me, and the question is When??? I'm tired waiting for him and now it's time for me to forget him because i think it's a good way for me to have a new life. And i don't want to mention his name on my twitter or even Facebook cause i hate him. Damn*. He's torturing me. I have to delete his pictures, videos and everything about him even my sweet memory with him. I envy my friends who have boyfriend. I just pray someday I will get a nice guy and better than Mizan. Oh My Allah, I love him so much.
~~~Continue~~~

Friday, August 3, 2012

Welcome Back

Salam,
waaah sudah sekian lama tak update blog. Inilah masa yang sangat sesuai. Cerita baru? Haha, banyak cerita baru tapi dah lupa lah. Tak pe, saya nak cerita pasal tempat belajar saya yang baru. Bacalah ye.

Best? best sebab dekat dengan Rumah and dalam Kuala Lumpur. Kalau nak pergi Time Square hmm, jalan kaki pun boleh sebab dekat. Kalau malas naik teksi lah kan. Tapi 1 je yang saya tak berapa suka sangat. Iaitu kawan2 kat sini sebab saya ni dah tak friendly seperti dulu, saya lebih banyak menyepi dan diam sebab saya rindukan Mizan di Sarawak dan of course lah kawan2 saya yang sengal2 dekat sana. Rindu nak cakap bahasa Sarawak and main bowling dengan Fourteen G. Huhuhu. Tempat baru boyfriend mestilah baru kan. Tak saya setia pada Mizan walau apapun. Hehe. Tapi ada sorang je senior saya ni yang agak comel and handsome orangnya. Nama dia abang Zairul. Dia sanagt handsome tapi dia tak pandang sangat aku ni sebab dia dah ada girlfriend. Hehe. Dia memang handsome and popular lah di kalangan pelajar kat situ terutama sekali aku lah. Dia part 6 course yang sama iaitu Business Study. Kenapa lah lelaki handsome kebanyakan nya dah berpunya. Sedih aku, baru nak mencuba nasib, last2 dia dah ada girlfriend plak. Hancur hati aku. Hahaha
Kat sini aku masuk kelab sukan bola tampar. haha agak best sebab tau jel lah kan yang aku ni suka bersukan gila2. Tak tau lah sebab apa but I LOVE SPORT so much. Hehe.
Aku main bola tampar sebab aku nak popular and Abang Zairul notice aku. Hahaha. Jahatnya niat aku, kata setia pada Mizan kan. Ye lah Mizan jauh sangat. Alang2 tu cuba nasib dekat KL ni. Manalah tahu nanti dapat si abang Zairul tu ke. Kan~~~ Hahaha.
Okay r, nanti sambung balik. Nak tengok Olympic London 2012. Lee Chong Wei Fighting. 
Malaysia Boleh!!!

Saturday, June 9, 2012

Lupakan

Salam.
Dah lama tak update blog. Huh fikir pasal update blog aku rasa sedih sangat2 sebab aku tak akan dapat jumpa MH lagi sebab aku tak akan dapat jumpa dia lah. Habis cerita. Aku sekarang ni suka dekat Seseorang lelaki mungkin sebaya dengan aku juga. Tapi dia tak tahu yang aku suka dekat dia. Aku ada rahsia lagi. Kenapa lah aku ni penakut sangat nak berterus terang dekat lelaki yang aku suka. Ye lah, aku takit dia tak akan sukakan aku ataupun gelakkan aku. Aku takut sangat. Aku ni tak berapa cantik. Aku just takut kalau lelaki tu terlepas dari aku. Ini dah kali ke berapa belas entah lelaki yang aku suka tak sukakan aku. Aku betul2 sedih, sangat sedih weh. Tentang MH, mungkin dia dah jumpa perempuan yang dia suka sebab dekat status dia tu menunjukkan yang dia suka dekat seseorang perempua. Aku tak tahu siapa dan aku tak nak tahu siapa perempuan tu. Semoga dia bahagia dengan MH aku. Aku sedih sangat weh. 
Aku harap akan ada lelaki yang sukakan aku. InsyaAllah. Dah harap2 lah KH tak ada gf lagi. Amin~~ Dia lah satu-satunya harapan aku nak minat dekat lelaki. Ya Allah, makbulkanlah doa hamba-Mu ini. InsyaAllah.

Monday, April 16, 2012

What should I do??

Salam,
Huh! Kebosanan melanda diri ku. Walaupun cuti aku rasa macam kambing yang duduk terperap di dalam rumah. Aku nak kerja tapi tak tahu nak kerja dekat mana sebab malas nak kerja kat area2 Selayang ni takut2 jumpa kawan2 aku. Malu siot, kalau nak kerja dekat KL jauh pulak. Waduh2 susah lah. Walaupun kat rumah ada astro Byond tapi tak de cite best2 tegah hari macam ni. Malam2 baru ada. Kalau ada laptop plak aku nak buat ape? online 24jam ke? Lagi lah aku tak suka asyik2 online je. Nak jalan2 tak de duit, duit aku mak aku pegang. Hmmm. Susah Susah susah. Hahahaa

Ha! satu lagi masa 11/4/2012 sambut birthday aku dekat rumah sedara ayah aku. Punyalah ramai orang kat sana. Yang aku jeles ramai cousin2 aku yang dah kahwin and ada anak. Sumpah jeles, Diorang nampak happy sangat2 Jeles youuuu. Hahaha. Ha, masa hari tu, aku tak dapat hadiah, tapi dapat duit dari mak saudara aku and abang serta kakak saudara aku. Nak tahu jumlah duit yang aku dapat? Aku dapat RM420 hari tu. Alhamdulillah murah rezeki aku tau. Alhamdulillah, duit tu lah yang mak aku pegang sebab mak aku tahu aki ni boros. Hahahaa. Nanti2 lah masa yang sesuai atau aku nak keluar dengan kawan2 aku nanti aku minta lah duit tu dekat mak aku. hehehe

Thursday, March 29, 2012

Salam

Salam kawan2,
hari ni hari Khamis, bermakna 3 hari lagi aku balik. Alhamdulillah, InsyaAllah, flight saya Ahad ni pukul 7:15 pagi. Wah, tak sabar rasanya nak balik rumah nak jumpa ibu, ayah, angah, Win, Liza and Azri. My family members dan tak sabar juga nak makan makanan arab. Dah lama tak makan MandyLaham, nama makanan arab tu. ya Allah, sedapnya nasi arab. Tak sabar nak makan. Seriously tak sabar. Semoga Allah memurahkan rezeki saya dan orang Islam yang beriman. InsyaAllah.

Tapi saya rasa sedih sikit sebab tak dapat tengok pertandingan kawad kaki sekolah yang akan berlangsung hari Sabtu ni sebab saya balik hari Ahad, harap2 lah KRS memang InsyaAllah, dan harap sangat ada pertandingan kawad kaki peringkat Daerah sebab saya betul2 nak sangat jumpa junior2 saya yang saya tak pernah jumpa atau junior baru. Ye lah dah 3 tahun tinggalkan sekolah. Dah berapa banyak pelapis KRS yang aku tak jumpa. Harap lah diorang still kenal senior dorang yang comel macam aku ni. Hehe. Apa2 pun KRS Sementas is a DAEBAK. Wish you all the best for this Saturday guys. Mesti kenal menang tau. Sekian.

Wednesday, March 21, 2012

Good News + Bad News

Salam.
Alhamdulillah hari ni hari Rabu maknanya minggu depan hari Ahad aku balik. Yay. Argghh.. hari ni ada berita baik dan buruk. Saya bagi tahu nerita baik dulu lah ye. Alhamdulillah, adik saya amik result SPM hari ni. Alhamdulillah sekali lagi result dia bauk dan lebih bagus dari aku. Jeles yuuu.. Haha. Tahniah angah atas usaha anda. Oh, dia ada ke 2 saya. Dan berita buruknya saya tak dapat Kolej untuk semster depan. Sedihnya. menangis aku tadi sebab tak dapat kolej. Mungkin layak 2 kot. InsyaAllah..
Cerita lain plak. Hari tu, aku chat ngan MH, wah bertapa seronoknya nyer aku time tuh.
Hati berbunga-bunga. Nak tahu bunga apa? Bunga yang paling cantik di dunia. tak kesahlah bunga apa pun yang penting cantik. Argghh. Aku sangat gembira sebab dapat chat dengan dia. Alhamdulillah. Lepastu kan esoknya aku jumpa dia kat Cafe.
Dia makan dengan kawan dia, aku pulak makan dengan kawan aku. Sweet kan. Aku just pandang dia je hari tuh. Sowang member aku ni plak Aiman tak pernah jumpa si MH tu buat2 terserempaklah kononnya sebab nak tengok muka MH. Last2 nak tahu si Aiman ni cakap ape : Handsome2, Muka dia macam Siwon masuk Islam", Hahaha, Wahai Aiman, kau tak de contoh lain ker nak bagi.
Kenapa perlu compare ngan SiWon. Ye lah rambut pacak MH sama macam SiWon, tu yang dia cakap macam siwon tuh. Haha

Saturday, March 17, 2012

Aduh!!

Salam,
Nak tahu apa yang aku mengeluhkan? Aku dapat tahu yang pertandingan kawad kaki KRS akan diadakan pada 31 Mac. Ye lah, pertandingan kawad kaki akan diadakan pada bulan Mac atau April. Antara 2 bulan ni lah diadakan pertandingan kawad kaki. Dah 2 tahun aku tunggu supaya cuti semester aku jatuh pada bulan Mac atau April, tapi tak kesampaian. Alhamdulillah, semester ni bulan Mac aku habis semester 4. So aku ingatkan dapat tengok Kawad, tapi sayang, tak dapat sebab adik aku tweet kat twitter cakap pertandingan kawad kaki diadakan pada 31 Mac. Dah lah paper aku habis 31 Mac, paper MKT310 and start petang dalam pukul 2:15pm-5:15pm. 1 April baru aku balik. Tak dapatlah pergi sekolah nak tengok pertandingan kawad kaki. Sedihnya.
Bukannye apa. Aku nak pergi sekolah sebab nak jumpa seseorang yang aku suka time sekolah dulu. Hampir 5 tahun lah aku minat dia. Nama dia dirahsiakan sebab nanti dia baca habis aku. Dah 3 tahun aku tak jumpa dia and dah 2 tahun aku tunggu peluang ni nak jumpa dia time Kawad kaki KRS. Ye lah, setiap pertandingan mesti ada muka dia terselit kat celah2 gambar. So ak rasa jelous lah tengok senior2 turun tengok junior dorang kawad kaki. Ni lah akibatnya kalau belajar jauh sangat. Nak balik pown susah. So aku nak sangat jumpa si dia/abang. Dia berpangkat abang sebab dia tua setahun dari aku. Ya Allah aku nak sangat jumpa dia. Amin~~
Haraplah pertandingan kawad kaki ditangguhkan pada bulan April sebab aku betul2 nak jumpa si dia. InsyaAllah. Amin~~

Friday, March 16, 2012

Today

Salam,
Alhamdulillah, apa2 pun tadi baru je habis jawab paper Business Law code LAW299. Agak susah bila aku tak hafal case tadi. Punyalah aku fikir apa soalan aku nyer kes. Tapi tak dapat gak, last2 aku tulis nama depan jer. haha. Janji aku nyer kes betul walaupun nama kes tak betul. Part A Alhamdulillah, tapi part B ada yang still blur2 sikit iaitu Business Organization. Owh aku tak dapat jawab, jawab sikit2 je. Tapi apa2 pun Alhamdulillah aku dah habis 1 paper. Tinggal lagi 6 paper lepastu balik. Yay!!
Huh, next time kalau ada exam kat Dewan Jubli (DJ) silalah bawa sweater atau pakai baju berlapis-lapis, kalau tak korang tak akan dapat jawab sebab subhanAllah sejuk gila tadi. Seriously aku rasa nak keluar awal tadi tak tak habis jawab lagi. Terpaksalah aku tunggu dalam kesejukan selama 3 jam. Ya ALLAH Kau tahu apa yang aku rasa. Menggigil aku dok dalam tu. Hahahaha. Memang sangat sejuk. Like my ustaz cakap kalau letak ikan dalam DJ tu ikan pown boleh Beku, tak payah guna Peti Ais. Haha. Esok baru study subjek lain sebab agak penat lah malam tadi tidur pukul 3 pagi bangun pulak pukul 7 pagi. Sangat letih. Wish i can do it next paper. InsyaAllah.

Tuesday, March 13, 2012

Salam

Salam Rakan-rakanku.
Hari ni 13 March 2012 menandakan ada 3 hari lagi untuk study LAW299 sebab sabtu ni 17 March ada paper LAW299. Semoga saya dapat jawab. InsyaALLAH. Saya taip ni sebenanrnya nak tulis pasal doa2 yang saya doakan setiap hari dan ada kalanya kawan2 saya minta doa sama2. Ialah sekarang ni tengah hujan, ada banyak kelebihan doa ketika hujan, mudah dimakbulkan. InsyaALLAH.Doa pertama saya ialah

1. Supaya Allah mengampunkan dosa2 saya, kedua ibubapa saya dan orang2 muslim yang beriman.
2. Saya berjaya dalam pelajaran peringkat Diploma, Degree dan Master.
3. Jadikan saya anak yang solehah.
4. Jodohkan saya dengan MH.
5. Murahkan rezeki saya, ibubapa saya dan orang2 muslim yang beriman.
6. Adik saya berjaya dalam pelajaran. InsyaALLAH.

Thursday, March 1, 2012

hari Jumaat

Salam Jumaat buat semua orang.
Apa yang berlaku sepanjang minggu ni, hmmm apa yerk? ingat jap. Ha! Hari ni adalah kelas terakhir untuk semester ni iaitu semester 4. Alhamdulillah. InysaAllah next semester, aku dah part 5. hehe. Tapi mesti nanti aku rindu dekat lecturer2 aku. Huh!! Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.
Ha! satu lagi, aku tak jumpa DIA lah hari ni. Sedihnya! Ingatkan hari terakhir macam hari Jumaat yang indah ni dapat Jumpa si DIA. Hmmm, mungkin bukan rezeki untuk hari ini. InsyaAllah mungkin time Final exam nanti aku dapat jumpa DIA ker.
Semalam aku jumpa si DIA dekat blik G, sebab kelas aku sepatutnya dekat blok B tingkat, tapi lecturer kurang sihat tu yang buat dekat blok G tuh tapi semalam aku datang blok G untuk pergi kelas lah. Tiba2 aku ternampak si DIA. Apa lagi gembira tak terhingga. At 1st DIA tak nampak aku, dah lama tu baru DIA nampak aku. Tapi aku tahu DIA napak aku, tapi DIA buat2 tak nampak lak kan. Lepastu aku nampak DIA dengan kawan DIA. Kawan DIA macam pandang aku, tapi bila aku pandang kawan DIA, kawan DIA cepat2 toleh temapat lain.
................. bersambung..

Wednesday, February 29, 2012

Sedih

Salam.
Nak tahu tak apa yang sedihnya hari ini. Pertama sekali yang sedihnya ialah markah test Finance aku menurun gila2 lah. Owh, sedihnya hati aku. Miss aku suruh aku banyakkan buat latihan supaya aku dapat score untuk Final Exam yang akan menjelma tak lama lagi. Yang ke-2 sedih ialah Lecturer aku dah nak pindah. Dia dah tak ajar aku lagi dah, tadi kelas dia yang terakhir. Apa2 pun aku sempat jumpa dan minta maaf kat dia sambil mengucapkan selamat tinggal. Dia ada bagi aku advice kat aku supaya score betul2 final exam nanti. Dan aku hanya menjawab insyaAllah.
Dahlah tak nak sedih2 kan. Berita gembira pulak ialah Aku nampak DIA tadi. Alhamdulillah, DIA pakai baju baru lah aku rasa. Tak pernah2 nampak DIA pakai baju tu. Apa2 pun DIA nampak handsome sangat2. Hehehe. Ok lah , dah nak petang nih, nak gi makan lah. Lapar gila.
Will update my status later.
Thanks for reading my blog.
Salam

Sunday, February 26, 2012

I can't

Salam,
I can't yang bermaksud saya tidak boleh. Apa yang saya tak boleh? Saya tak boleh lupakan DIA. Dah banyak kali saya cuba, tapi tak boleh. He my last namja i love. He is too perfect for me. He had everything i like about guy. I will list the "10 things i like about him" that have been trending on twitter right now.



1.  His spike hair
2.  His religion
3.  His voice
4.  The way he act in front of girls, he just ignored them(shy)
5.  He is so handsome
6.  He love to read and love al-Quran so much
7.  His voice when he Azan is so nice.
8.  He is a nice person.
9.  Don't like his smile, but love his face when he bluurrr.
10.His outfit. (Always use the same outfit at least thrice a week)

I love his Turqoise and Purple Baju Melayu,
Blue, dark blue and grey t-shirt.

Wednesday, February 22, 2012

Arggghhh Sakitnya Hati

Salam.
Arrgggghhh sakitnya hati aku hari nih. Apa tak nya aku jumpa si DIA tadi, aku ingatkan DIA nak senyum dekat aku rupa2nya DIA buat muka plak. Ya Allah, seriously aku bengang gila tadi. Dah lah kuiz account aku markah rendah lagi menyakitkan hati aku. Innalillah.. 
Ye memang aku suka gila2 kat DIA, tapi kenapa DIA muka macam tuh. Aku rasa nak cekek2 je DIA tu. Aku tahulah kau ramai peminat. Tak yah lah buat muka. YE, MEMANG AKU MARAH, kenapa?? tak boleh ker? tu lah aku pown sama gak, agung2 kan sangat DIA tuh, nampak apa dah jadi. Aku benci DIA. Sangat2 benci kat DIA. Arrgggghhhhhhh.
Apa aku nak buat sekarang? ye memang aku nak lupakan DIA dan cari lain. Eh!! Ramai lagi lelaki kat dalam dunia ni tau. Kau tahu tak aku buat folder khas pasal kau kat laptop aku tau. Sekarang aku nak delete folder. Peduli apa aku. Hati aku tersangat-sangatlah marah. AKu just pendam jer kat dalam hati . Sampai hati kau buat macam ni dekat aku. Huh!! Sakit hati aku. Biarlah SEUNGHO aku jadi boyfriend walau pun tak secara official sebab SEUNGHO ni artis lah. Aku sayangkan SeungHo ooppppaaaaa.


Saturday, February 18, 2012

Hari Ini

Assalamualaikum wbt.
Apa yang berlaku hari ni? hmmm banyak!! nak tahu apa tak? pagi tadi fakulti kita orang D'BES buat aktiviti Explorace dengan junior2 D'BES and other fakulti join sekali. Memang best lah game di setiap checkpoint, tapi 1 checkpoint je yang aku paling suka. Game dia ialah kena pilih sudu, kalau sudu besar kena guna sudu besar kopi dibancuh dengan air suam dengan telur. Perggghhh, rasa dia memang terbaik!! First aku ingatkan teruk rasa dia, rupa2nya biase jer. Tak de lah seteruk mana. Aku habiskan 1 cawan kopi campur telur. Chincha Daebak Azira. Hahaaha. Tapi sayang, group aku kalah, last plak tuh. Haha. Tak pelah yang penting aku masuk kan dari tak masuk. 
Ha!! pada hari yang sama fakulti si DIA juga ada aktiviti main futsal. Wahhh, aku nampak DIA main bola pakai baju warna kelabu. Sangat handsome, Aku lalu depan DIA tadi, mungkin disebabkan muka aku kena conteng dengan water color and tepung, mungkin DIA tak perasan. Hahaha. and dalam pukul 4 macam tuh, aku pergi tengok budak EC110 main bola jaring and aku pon join sekali. Ingatkan DIA ada juga, rupanya tak de, Agak kecewa lah, tapi aku dapat ramai kawan dari course EC110. Memang best lah main bola jaring, tapi tak boleh belah budak lelaki pon join main bola jaring. hahaa, lawak2. Aku asyik2 tergelak je sebab diaorang buat lawak time main tadi. Tapi seriously memang best lah tadi.and aku berkenalan dengan lelaki yang kawan aku minat. hahaa Jangan marah Hanis. Apa2 pun tu je lah coretan untuk hari ini. 
Sekian 
Assalamualaikum


Tuesday, February 14, 2012

Today

Assalamualaikum wbt, 
hmmm, apa yang aku nak taip nih? apa yang berlaku hari ni? ye si DIA masuk pertandingan nasyid. Thanks to my friend for the information about this. Information about what? about him participated in nasyid. Dah lah kelas aku pagi tadi cancel, kalau tak cancel memang aku dah dapat tengok DIA buat persembahan dah. kawan aku pulak hantar sms time dia tengah buat persembahan, lain kali hantar sebelum DIA buat persembahan. Tapi aku tak marah kawan aku pown sebab bukan salah kawan aku. Nasib baik kawan aku sms pasal ni. Aku pown terus lompat dari katil cepat2 pergi mandi and terus pergi DJ semata-mata nak tengok DIA nasyid. Tapi aku terlalu lambat, persembahan DIA dah habis. Tapi nasib baik aku tak balik time tuh, tengah hari tu aku nampak DIA, owhhh, DIA sangat2 lah handsome.
Ha, yan ke-2 pula, aku nampak Coach aku dengan Saiful yang cute tuh. haha, dalam masa sehari je aku
boleh nampak dorang semua. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH sebab aku dapat jumpa si M. DIA sangat handsome pakai baju warna putih. Dan yang mengembirakan aku kumpulan DIA dapat no 2 dalam pertandingan tu. Tahniah untuk awak. Saya sentiasa menyokong awak M..
Tahniah di ucapkan sekali lagi.

P/S: Saya tahu awak boleh buat. Saya akan sentiasa menyokong awak.

Saturday, February 11, 2012

Hari Yang Paling

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah selesai melaksanakan LPPKP Modul 4 untuk semester ni. Apa yang mengembirakan hati saya nih? apa lagi program ni memang seronok sangat2 sebab ada group yang best2, sporting gila and paling best persembahan yang lawak2 dari pelajar UiTM. Tak akan lupakan kenangan ini. Tapi yang tak puas hatinya dah 3 semester dengan orang yang sama atau ahli kumpulan yang sama. At least tukar2 lah kan sebab nak group dengan si DIA. HA! pasal si DIA, DIA group 22 dan saya group 11. Agak Jauh jaraknya, tapi tadi group saya dekat depan group DIA. Agak seronok dan bahagilah bila jumpa DIA. Apa taknya boleh pandang dan tenung muka DIA lama2. Wah tak tergambar bertapa seronoknya aku time tu bila dapat jumap DIA. DIA sangat comel. YA ALLAH kau jodohkanlah aku dengan DIA. Saya tadi dari tadi asyik senyum2 jer. Tapi kenapa bila saya lalu tepi DIA saya macam diam and tak pandang muka DIA. Saya buat DIA macam tak wujud depan DIA. Kenapa ek? Takut nanti DIA tak minat dekat saya pulak nanti. Takutnya. 
Kalau cerita pasal DIA memang panjang lah post kali ni. Baik diam dan nikmati hari yang indah tadi sorang2 di dalam hati. Semoga hari esok lebih baik dari semalam. InsyaAllah.

P/S: ya ALLAH kau jodohkanlah diriku dengan diriNya. Ami~n..

Sunday, February 5, 2012

My Week

Assa;amualaikum wbt..
Sepanjng minggu lepas. 
Tak ingatlah apa yang berlaku. Ha!! Test aku markah rendah gila, SubhanAllah, ni yang aku nak buat betul2 nih. Aku confuse 1 soalan tu je. InsyaAllah benda yang sama tak akan berulang lagi. 
Lagi satu apa yang aku ingat eh? Ha!! Aku jumpa M aku. Hari tu hari Jumaat dan ada ceramah pasal Islamic dekat Dewan Jubli UiTM, lepastu aku nak daftar masuk lah kan, bila aku masuk je ke dewan Jubli tuh, aku ternampak DIA, DIA nak kluar aku nak masuk. Kawan aku dah tersenyum2 dah. YA ALLAH kau tahu tak bertapa gembirabya aku hari tuh, tapi sayang aku ada kelas time tuh, so aku pun keluarlah nak pergi kelas, then bertembung dengan DIA lagi, tapi aku tak pandang DIA sebab nak cepat. Hehe
Ha!! 1 satu lagi cerita, aku pergi Popular untuk belanjakan aku punya Voucher 1 Malaysia RM200 tuh, tapi aku berjaya habiskan RM150, lagi RM50 nanti2lah aku beli alat2 tulis. sebab time aku pergi popu;ar hari tuh palat2 tulis yang aku nak tak banyak. Nak habis tarikh tuh nanti baru aku beli barabg2 yang aku nak. 

Last Sekali nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL..

Monday, January 30, 2012

Ujian dari Allah..Innalillah..

Assalamualaikum wbt.
Subhanallah, dugaan dari Allah datang lagi. Mak aku baru je bank in duit RM100 dan aku baru nak beli barang2, dapat tahu yang kena bayar duit elektrik dengan duit air RM40. Subhanallah, aku baru nak  beli barang2 untuk dibawa makan. Tapi aku kena bayar duit lagi. dan 1 lagi, kalau nak dapatkan kolej mesti kena beli tiket yang dijual oleh setiap fakulti yang ada buat aktiviti. Setiap tiket yang dijual paling murah pun RM2 ntuk 1. Kalau nak banyak cop kena lah beli banyak2. Yang paling mahal pown RM10. Allahu Akhbar. 
Aku sebenarnya nak tukarkan voucher tu kepada duit boleh lah aku dapat duit sikit untuk beli barang keperluan. Allahhu Akhbar, duit lagi. Nasib baik mak aku baik nak poskan makanan yang senang digoreng ke Sarawak. Kalau boleh aku nak suruh mak aku pos semua barang yang ada kat Semenanjung tu ke sini. Tapi apakan daya, Sarawak kan jauh. Amik masa lebih kurang 2-3 hari untuk sampai. 
InsyaAllah sem depan aku ada duit dan dapat kolej(mudah-mudahan dapat kolej) aku nak beli barang keperluan aku dan barang2 yang aku nak kan selama ini. InsyaALLAH dengan izinNya. Amin
Semoga Allah merahmati hambaNya. Aminnnn

Pasal si DIA, no comment. Aku betul2 dah lama tak jumpa DIA. So aku just fikir yang DIA tu tak wujud lagi sebab aku dah lama tak nampak dia. Kalau aku nampak DIA Alhamdulillah, Kalau tak nampak Innalillah, mungkin bukan masa yang sesuai untuk Jumpa DIA.

Apa lagi minta diri dulu.. Assalamualaikum

Saturday, January 14, 2012

Minggu Ini

Assalamualaikum wbt..

Sepanjang minggu nih apa yang terjadi eh? 
Let me think about it.
Yang paling aku ingat semalam lah, hari Sabtu, aku ada test sama dengan si DIA, tapi aku dengan DIA lain2 cost dan tempat kiteorang ambil test semalam pun lain.
Aku ingatkan aku ada test hari yang sama dengan DIA, aku boleh jumpa DIA, tapi tidak, aku tak jumpa DIA pun. Sedihnya. Punyalah lama aku nak tunggu saat indah macam ni nak jumpa DIA. Apa yang aku dapat hanya  dengar suara DIA sebab DIA azan kat Masjid. Memang rindu sangat nak dengar suara DIA yang merdu bila azan tuh. Harapan aku nak sangat jumpa DIA walaupun sekali setiap minggu pun dah Alhamdulillah. Hari ni masuk sebulan lah aku tak jumpa dia. Sedihnya. Apa yang aku nampak cuma member2 DIA je, DIA aku tak nampak. Sedihnya. Huaaaa!!
Hari Jumaat hari tu dapat voucher RM200, Alhamdulillah dapat juga voucher, bolehlah aku shopping beli buku dengan alat tulis yang mahal2 dan boleh juga aku beli alat tulis untuk adik2 aku nanti. InsyaAllah. RM200 banyak tu. Boleh beli 200 pen Faber Castle aku. Haha. Cuti Hari Raya China dah nak dekat, apa lagi aku keluar beli buku dengan alat tulis nanti guna voucher tuh. Haha. tak sabar lak kan. HUHU..
ok lah, will update my blog later after something happen ok. dada, 
Assalamualaikum

By:
AziraAzizYSH

Thursday, January 12, 2012

Congratulations

I want to congrats my favorite group for received an award as Newcomer Award, I seriously didn't expect this. Well, i hope someday they will success and receive a lot of award. And chinggu, please lah come to Malaysia because i really2 want to meet you guys personally especially my JM dongsaeng. Wahh i can't call him oppa because he younger 2 years than me. So i have to call him dongsaeng means younger brother.


Tuesday, January 10, 2012

Frust


Assalamualaikum wbt..
Masuk hari ni dah 3 minggu aku tak berjumpa dengan dia. Terserempak lagi lah. Ada suatu hari tu aku gi Masjid ada solat Hajat untuk pelajar degree, disebabkan pelajar degree jumlah dorag tak ramai, pelajar kdiploma dijemput lah. AKu pun datanglah dengan hati yang berbunga-bunga sebab aku akan dapat jumpa si DIA. Rupa-Rupanya sampai habis event tu aku tak jumpa dia. Aku pun balik lah. Dah nak sampai pagai kolej perempuan aku pun tolehlah ke belakang kot2 nampak dia. Ye memang aku nampak dia tapi dari jarak 150m. Apa lah yang aku boleh nampak dari jarak tuh. Aku kenal tu dia sebab baju dia dengan kopiah dia tuh. Dia baru keluar Masjid dengan kawan2 dia, Owh frustnya aku time tuh + sedihnya aku, aku ingatkan dia tak datang Masjid malam tuh, rupa2nya dia datang. Tiap2 hari aku berdoa supaya aku dapat jumpa dia, mungkin bukan rezeki aku kot. Tak apalah. 
Kawan aku cakap aku tak jumpa dia sekarang mungkin ada hikmah disebalik tu, mungkin DIA jodoh aku, kalau dah jodoh aku maknya tiap2 hari aku boleh tengok muka dia. HAHAHA, sampai ke situ kawan aku fikir, bertuahnya kawan. Tapi kalau betul apa yang dia cakap tu ALHAMDULILLAH sangat2. SUjud syukur aku dibuatnya. 

P/S : Aku betul2 sukakan si DIA.

Changed


Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah hari dah 11 Januari 2012. Apa yang nak aku cerita hari ini ialah aku dah berubah. Aku sekarang dah mula belajar, seronoknya belajar ni. Baru aku tahu. Tapi kita janganlah paksa sangat diri tu belajar. Nanti dan stress + tension nanti ke tali gantung pulak. Faham kan ke tali gantung apa maksud nye? maknanya bunuh diri lah. Dah berapa ramai pelajar IPT bunuh diri? Ramai lah juga. Aku harap aku tak digolongkan dengan golongan seperti berikut. Neraka paling bawah sekali kalau bunuh diri lagi orang Islam. kita kena jaga nyawa kita. Jaga lah ianya sebaik mungkin. 
Alhamdulillah, setelah apa yang berlaku aku ada semangat nak datang kelas. Aku akan sedaya upaya bagi memahami apa yang lecturer aku ajar walaupun aku mengantok.


Haraplah perubahan aku ni membawa kejayaan. InsyaAllah dengan izinNya.