Sunday, December 18, 2011

Marah sangat Hari ini

Salam, 
Aku marah sangat hari nih, nak tahu tak sebab apa aku marah? Sebab seorang lecturer aku tak percaya yang saku tak bawa homework yang dia bagi kelmarin, Tak akan aku nak tipu kot. Ade ke dia kata You forgot or you didn't do your work. Hisshh berapi gila lah aku masa tuh. Dah lah dia bagi aku surat Peringatan Pertama. Memang aku marah sangat, tapi tak de lah sampai mencarut. Dia lecturer aku lah, tak kan nak mencarut kot. Tak baik tau. Tapi memang marah lah, just dapat pendam je dalam hati sampai balik bilik. Nak menjerit tak boleh sebab nanti roomate aku dengar terkejut plak nanti. So aku buka lah ayat al-Quran dan dengar ceramah ustaz nazmi, lega sikit kemarahan aku. Kalau tak memang aku nak mencarut rasanya. Bila fikir balik baik aku diam je. 
Satu lagi aku marah sebab tak dapat jumpa dia lah hari ini. Aku harap esok aku dapat jumpa dia.
Aku betul2 rindukan dia. Seriously I miss him with all my heart.Penat aku tunggu kat depan Library semata-mata nak tengok muka dia, tapi tak dapat, tak de rezeki kot. Mungkin Allah nak uji aku. Entah2 nanti dia jadi suami aku. Tiap2 hari dapat tengok muka dia. InsyAllah. Amin. He's my inspiration.

P/S: Tak sabar nak balik rumah hari Jumaat ni.

No comments:

Post a Comment