Salam,
waaah sudah sekian lama tak update blog. Inilah masa yang sangat sesuai. Cerita baru? Haha, banyak cerita baru tapi dah lupa lah. Tak pe, saya nak cerita pasal tempat belajar saya yang baru. Bacalah ye.
Best? best sebab dekat dengan Rumah and dalam Kuala Lumpur. Kalau nak pergi Time Square hmm, jalan kaki pun boleh sebab dekat. Kalau malas naik teksi lah kan. Tapi 1 je yang saya tak berapa suka sangat. Iaitu kawan2 kat sini sebab saya ni dah tak friendly seperti dulu, saya lebih banyak menyepi dan diam sebab saya rindukan Mizan di Sarawak dan of course lah kawan2 saya yang sengal2 dekat sana. Rindu nak cakap bahasa Sarawak and main bowling dengan Fourteen G. Huhuhu. Tempat baru boyfriend mestilah baru kan. Tak saya setia pada Mizan walau apapun. Hehe. Tapi ada sorang je senior saya ni yang agak comel and handsome orangnya. Nama dia abang Zairul. Dia sanagt handsome tapi dia tak pandang sangat aku ni sebab dia dah ada girlfriend. Hehe. Dia memang handsome and popular lah di kalangan pelajar kat situ terutama sekali aku lah. Dia part 6 course yang sama iaitu Business Study. Kenapa lah lelaki handsome kebanyakan nya dah berpunya. Sedih aku, baru nak mencuba nasib, last2 dia dah ada girlfriend plak. Hancur hati aku. Hahaha
Kat sini aku masuk kelab sukan bola tampar. haha agak best sebab tau jel lah kan yang aku ni suka bersukan gila2. Tak tau lah sebab apa but I LOVE SPORT so much. Hehe.
Aku main bola tampar sebab aku nak popular and Abang Zairul notice aku. Hahaha. Jahatnya niat aku, kata setia pada Mizan kan. Ye lah Mizan jauh sangat. Alang2 tu cuba nasib dekat KL ni. Manalah tahu nanti dapat si abang Zairul tu ke. Kan~~~ Hahaha.
Okay r, nanti sambung balik. Nak tengok Olympic London 2012. Lee Chong Wei Fighting.
Malaysia Boleh!!!
No comments:
Post a Comment