Tuesday, November 15, 2011

Mungkin + Kenapa

Assalamualaikum wbt.
Ye mungkin aku tak betul sebab ye lah aku suka dekat coach aku sendiri. Ishh2. Mula2 aku suka dekat abang camera tuh. Disebabkan dia asyik tak datang camp jer, hati aku berubah kat seorang coach. Mula2 aku ingatkan dia baru 25 tahun dan keatas bawah 30 tahun. Maknanya ada can lah untuk aku. Hehehe. Bila aku dapat FB dia je aku nampak gambar dia dengan isteri dan anak dia. Luruhnya hati aku pada masa tuh. Kawan aku pulak suruh bersabar dan cari yang lain. Ingat senang ke nak cari yang lain? Susah tau. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu. Kenapalah aku selalu gagal dalam percintaan? Ramai orang cakap aku sangat bertuah sebab Allah nak jaga aku dari gejala2 couple ni. Alhamdulillah, tapi aku teringin nak merasai kenangan manis dan pahit bercinta. Dah berapa ramai lelaki yang aku minat semuanya mesti tak dapat. Ish3. Aku berharap sangat aku dapat lelaki dan suami yang baik suatu hari nanti yang sayangkan aku dan keluargaku serta rumah tanggaku Amin.

No comments:

Post a Comment