Saya nak ucapkan Salam 1 Muharram 1533 Hijrah untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Alhamdulillah, tahun baru, azam baru, rumah baru, kehidupan baru, boyfriend baru dan semuanya baru.
Azam tahun ini ialah Belajar bersungguh2. Semester ni aku ada banyak subjek iaitu 8 subjek semua sekali, dan aku juga tak nak kena repeat semester depan. Aku kena buat yang terbaik untuk keluarga ku. Aku berjanji aku akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita2 aku nak belajar dekat Korea. InsyaAllah. Cita2 aku ialah nak jadi lecturer mengajar bahasa Korea dekat Universiti khususnya UiTM. InsyaAllah. Azam baru tahun ni memang mencabar tapi akan aku tempuhi dengan hati yang rela.
Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa aku, aku nak rumah sewa, dan aku dapat rumah sewa dengan bayaran bulanan RM80 sebulan. Alhamdulilla murah juga. Syukran ya Allah. Aku akan pindah ke rumah sewa aku InsyaAllah petang nanti. Aku akan ada housemate baru. Seronoknya. Walaupun aku seronok tapi sebenarnya aku sedih tinggalkan kawan2 aku kat kolej. Sebenarnya aku nak duduk dekat kolej, tapi tak ada rezeki. Aku kenalah hidup berdikari duduk dekat luar. Hmm.
Tak dapatlah aku jumpa dia lagi. Sedihnya.
No comments:
Post a Comment